HARI PENDIDIK FPBU BUKTI KEMATANGAN
- NADIAH MOHD KAMIL
- Jun 4, 2015
- 2 min read
Nilai - Sambutan Hari Pendidik Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) 2015 mendapat pujian dari Dekan fakulti itu sendiri Dr Noor Azizi Ismail.
Majlis ini disambut dengan pengisian-pengisian menghiburkan dari para pelajar khusus untuk pendidik-pendidik mereka.
Acara yang baru kali kedua dianjurkan itu mendapat respon positif dari Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Dr Noor Azizi Ismail yang menyatakan beliau dapat merasakan perbezaan sambutan pada tahun ini berbanding tahun pertama dilaksanakan.
“Saya berasa teruja kerana bagi saya pada tahun ini sambutan Hari Guru disambut dengan penuh gilang-gemilang. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar tahun satu sebagai penganjur program yang telah bertungkus lumus memeriahkan sambuatan Hari Pendidik FPBU. ” Kata beliau.

Dekan FPBU ketika memberi ucapan pada hari pendidik.
Sumber : Nadi Thaqafah.
Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada komiti persatuan pelajar FPBU, Nadi Thaqafah yang menunjukkan peningkatan dalam perlaksaan program.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Nadi Thaqafah kerana saya dapat melihat pengurusan program-program yang dianjurkan semakin matang.”Kata beliau.
Sambutan yang berjalan selama dua jam itu dihadiri oleh pensyarah-pensyarah yang berkhidmat di FPBU dan salah seorang daripada mereka adalah Ustazah Wan Azura yang menerima Anugerah Pensyarah Paling Tegas.
Beliau berpendapat secara keseluruhan, sambutan hari pendidik tersebut adalah baik sebagai satu penghargaan kepada para pendidik.
Ketika ditanya mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan, beliau berkata lebih baik jika dikaji semula kategori anugerah pendidik.
“Pada pandangan saya, kategori anugerah pendidik biar lebih kepada akademik dan ke arah kepimpinan kerana ia lebih relevan dengan tahap suasana universiti.” Ujar beliau.
Menurut saudari Qurratu Ain Syamimi, salah seorang pelajar tahun tiga FPBU yang turut menghadiri acara tersebut berkata para pelajar menunjukkan persembahan yang baik tetapi boleh diperbaiki lagi jika dapat menambah mesej-mesej yang bermakna.
Menurut beliau , sebagai pelajar, wajar bagi mereka untuk meraikan pensyarah-pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar untuk mengaharungi cabaran di masa hadapan.
Sambutan Hari Pendidik FPBU itu juga turut dilengkapi dengan persembahan pensyarah yang berjaya merangkul Anugerah Pensyarah Serba Boleh iaitu, Dr Noor Azizi Ismail. Beliau mendeklamasikan syair arab kepada pelajar-plajar yang hadir.
Comments