top of page

GURU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

  • Aida Shahrina
  • Jun 4, 2015
  • 2 min read

Akhlak yang cemerlang adalah dari didikan yang telus dan ikhlas dari seorang insan yang digelar murabbi.

Dalam konteks islam, pendidik disebut “murabbi”. Kalimah murabbi bukan hanya dikhususkan kepada pendidik sahaja bahkan kalimah ini bertepatan dengan sesiapa sahaja yang sedia berkhidmat dan berkongsi ilmu untuk diajar kepada orang lain.


16 Mei merupakan tarikh keramat bagi pendidik. Setiap tahun kita akan menyambut sambutan hari guru. Tema yang bakal menghiasi hari guru di Malaysia pada tahun ini adalah “ Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”.


Pendidik yang kreatif mampu menjanakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan insan melalui penyerapan elemen - elemen kerohanian dan kurikulum untuk mengoptimumkan potensi murid-murid serta menyediakan pelan pembangunan indvidu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan pelajar yang bertaraf antarabangsa.


Seorang murabbi perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi yang unggul dan berpesonaliti holistik dalam membina masyarakat yang berkualiti.


Peranan seorang guru tidak terbatas dengan menyampaikan kandungan pelajaran dalam kelas sahaja, malah guru perlu fleksible dan inovatif dalam perkembangan ilmu terhadap kalangan pelajar seiring dengan kemajuan teknologi dan keperluan masa hadapan.

USIM2.jpg

Jasa dan bakti seorang guru perlu diberi penghargaan.

Akhlak mulia merupakan cermin bagi agama Islam. Sikap inilah yang selalu ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam riwayat hidupnya.


Antara kisah yang dapat dijadikan teladan adalah kisah Rasulullah s.a.w dan Juwairiah Binti al- Harits. Juwairiah al-Harits merupakan puteri pemimpin suku yahudi bani Al-mustoliq. Selepas bani al-Mustoliq mengkhianati perjanjian rasulullah, baginda membawa tentera islam untuk menyerang mereka. Lantas , semua tentera yahudi pergi meninggalkan anak dan isteri mereka.


Juwairiah merupakan salah seorang tawanan tentera islam dan dia diminta untuk membayar sejumlah wang untuk menebus dirinya. Rasulullah s.a.w berasa simpati dengan keadaan juwairiah dan kaumnya. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Juwairiah al-Harits sebagai tebusan .


Berita ini telah sampai kepada semua kaum muslimin. Lantas mereka menyambut berita itu dengan hati terbuka dan gembira lalu tentera islam membebaskan tawanan bani Al-mustoliq. ketinggian akhlak dan cinta para sahabat kepada rasulullah membuatkan mereka bijak bertindak. Natijahnya, bani al-Mustoliq menyatakan keislaman mereka dengan sukarela.


Kisah ini mengandungi pengajaran yang hebat iaitu akhlak mulia dapat menjadikan suatu bangsa berpindah agama secara beramai-ramai.


Salah satu hal yang amat menarik pada ajaran Islam ialah penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap guru kerana guru berkait rapat dengan ilmu dan Islam amat menghargai ilmu.


Selain daripada itu, seorang guru juga harus mempunyai sifat yang menitikberatkan pada implementasi kebaikan untuk membentuk akhlak yang mulia terhadap pelajar.


Sementara itu, guru merupakan insan yang penting dalam kehidupan, Ini sangat bersesuaian dengan kata-kata Imam Al-Ghazali bahawa seorang guru lebih mulia daripada ibubapa kerana tanpa didikan seorang guru, nescaya anak-anak tidak akan mendengar arahan ibu bapa.


“Hak guru lebih agung daripada hak ibubapa, kerana orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal. Kalaulah tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.” Imam al-ghazali.


Sebagai pelajar, kita mesti mendoakan guru sepanjang hayatnya, memelihara hubungan dengan keluarga guru selepas kematian mereka,mengikut jejak langkah mereka dan menjadikan guru sebagai contoh dan tauladan dalam kehidupan.

 
 
 

Comments


About USIMToday
Recommanded Reading
Search By Tags
bottom of page