top of page

SAMBUTAN PROGRAM DA’IE GEN Y DI LUAR JANGKAAN

  • Lokman Hakim
  • Jun 2, 2015
  • 2 min read

Picture8.png

Persembahan dari salah seorang finalis daie Gen Y

NILAI, 31 MAC – Hampir 500 mahasiswa USIM sama-sama turun menyaksikan pertandingan akhir program tersebut yang diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS yang menampilkan lapan finalis akhir Program Dai’e Gen Y yang berjaya selepas mengharungi pusingan kelayakan sebelum ni .

Mohamad Zulfadzli bin Mohamad Hisam, Pengarah Program Da’ie Gen Y berkata dengan penuh semangat tentang program ini, “saya sangat bersyukur atas sambutan yang diterima. Kami menjangkakan hanya seramai 400 orang pelajar yang berdaftar bagi memenuhi ruang tetapi respon yang diterima melebihi dari jangkaan yang dibuat sehinggakan ada yang terpaksa duduk di atas tangga,” ujarnya.

Pertandingan ini yang diadili oleh beberapa juri antaranya, finalis Akedemi Quran musim ke-3 merangkap Qari Halaqah ,TV9 Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Abdul Rahman, Imam Muda Hassan, juara imam muda musim ke-2, serta Ustazah Norullisza Khosim, pensyarah FPQS.

Menurut salah seorang peserta yang juga merupakan bekas peserta Da’ie Milennia TV3 musim pertama, Mohamad Shazwan Zakaria bin Ridhwan Selvadorey, beliau berpendapat setiap peserta yang menyertai pertandingan ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri disamping persiapan yang lengkap sebelum melontarkan hujah masing-masing di pentas Gen Y.

Picture7.png

Imam Muda Hassan (berjubah) bersama pemenang.

“Bagi saya, program seperti ini sangat baik untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan mahasiswa dan menjadi platform kepada mereka sebelum terjun ke medan dakwah yang penuh cabaran di alam realiti.”

Tambah beliau lagi ,“saya merasakan setiap da’ie bagus dalam menjelaskan Al-Quran dan Hadis tetapi adalah lebih baik mereka menerapkan dengan isu-isu semasa dengan mengaitkan Al-Quran dan Hadis untuk lebih faham secara terperinci seterusnya mampu melahirkan izzah kepada Al-Quran dan Hadis, iaitu pengangan kita yang utama dalam Islam.”

Menurut pensyarah Fakulti Pengajian Al-Quran & Sunnah dan juri pertandingan akhir Program Dai’e Gen Y,Ustazah Norullisza Khosim mengenai program ini baik untuk pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa.

"Penglibatan mahasiswa untuk program seperti ini amatlah sesuai untuk memantapkan lagi penguasaan dan kemahiran insaniah khususnya dalam pengucapan awam." ujarnya.

Program yang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) berakhir pada jam11 malam dan telah diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur kepada juri dan peserta Da’ie Gen Y .

Picture9.png

Sebahagian penonton yang hadir ke majlis penutup tersebut.

 
 
 

Comments


About USIMToday
Recommanded Reading
Search By Tags
bottom of page