STATUS AUTONOMI BERI KESAN POSITIF
- Nor Farhana Md Hussin
- Jun 1, 2015
- 2 min read

Antara barisan panel mengupas isu status autonomi di program Wacana Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (WASIM)
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan salah sebuah universiti daripada 12 IPTA yang menerima status autonomi.
Penerimaan autonomi ini menjadi langkah pertama USIM menjadi pusat rujukan Integrasi Naqli Aqli di peringkat serantau menjelang 2016 dan di peringkat global pada 2025.
Pemberian taraf autonomi ini selaras dengan hasrat mempertingkatkan daya saing IPTA di seluruh negara dalam usaha menjadikannya antara salah sebuah institusi terbaik dunia sekaligus meningkatkan tahap profesionalisme IPTA dalam pengendalian empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.
“Sebagai pensyarah saya mengharapkan kuasa autonomi ini wujud di USIM” kata Dr. Mahazan Mutalib, Timbalan Dekan Fakulti kepimpinan dan Pengurusan (FKP) merangkap Pengarah Wacana Alumni USIM ketika mengupas isu status autonomi di program Wacana Alumni Universiti Sains Islam Malaysia(WASIM) bertajuk "Status Autonomi USIM: Benarkah Wujud Kebebasan? disini baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, status autonomi di USIM sangat menguntungkan dan memberi impak yang baik kepada mahasiswa. Oleh itu, mahasiswa digalakkan untuk menjadi individu yang celik minda selaras dengan visi USIM iaitu mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai tambah kepada negara, ummah dan manusia sejagat.
Ustaz Anuar Elias, Ketua Bahagian Penyelidikan Syariah, Bank Islam, Alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2007 pula berkata
“Mahasiswa perlu memahami setiap tindakan yang dilakukan ada batasan nya dan universiti bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran yang positif bagi mengelakkan konflik daripada berlaku, tambah beliau.
Artikel berkaitan
Manakala menurut Ustaz Shahrulkarnain, Pensyarah Darul Quran yang juga ahli panel wacana tersebut berpendapat bahawa wacana yang diadakan ini dapat memberi impak yang positif kepada mahasiswa dalam memahami dan mendalami konsep penggunaan kuasa autonomi di universiti dengan cara yang matang dan betul.
Bagi Nurul Afiqah bt Mohd Kamil, wakil penganjur program Wacana Alumni USIM (WASIM) ini beliau mendapat respon yang baik dari para mahasiswa dalam menjayakan program ini meskipun ianya julung kali diadakan di USIM .
XXXX
Program anjuran Pejabat Perhubungan Alumni Usim ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai status autonomi yang diaplikasi di USIM serta kesannya kepada institusi pengajian tinggi.
Comments