top of page

USIMBIOSIS : KE ARAH LESTARI ALAM SEKITAR DI USIM

  • FAEZAH,SHAFATIN & AISYAH
  • May 11, 2015
  • 2 min read

GAMBAR USIMBIOSIS.jpg

Dato’ Musa bersama kakitangan dan para peserta menanam pokok sebagai simbolik perasmian program USIMBIOSIS.

NILAI – Usaha menjadikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai sebuah universiti yang bersih dan berekosistem dapat dilihat melalui penganjuran USIM’s Environmental Awareness and Sustainability Campaign (USIMBIOSIS) yang diaadkan baru-baru ini.

Program yang dilancarkan ini adalah untuk memberi pencerahan kepada masyarakat USIM khususnya mahasiswa tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM,memberi pencerahan tentang pentingnya penanaman semula tumbuhan hijau bagi mengekalkan kestabilan ekosistem seterusnya mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat di USIM.

“Program ini sangat bermanfaat untuk melestarikan alam sekitar khususnya di sekitar USIM, dalam usaha melahirkan warga yang menjaga dan mencintai alam sekitar.

“Penanaman semula pokok sangat penting, sepertimana hadith Rasulullah S.A.W menyebut, ‘sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut,” tambah beliau ketika membicarakan tentang kepentingan penanaman semula.

Selain itu, ,menurut salah seorang Arkitek Lanskap USIM, Mohd Farid Zakaria, berkata matlamat program ini tercapai dengan adanya respon positif daripada mahasiswa yang hadir.

“Alhamdulillah,matlamat program ini tercapai, seperti yang kita ketahui di USIM majoriti penghuninya adalah dari golongan pelajar, jadi kita dapat lihat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar itu sendiri’, kata beliau ketika ditemuramah.

Sementara itu, Siti Aishah Sulaiman, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang juga merupakan salah seorang peserta program tersebut berkata, mahasiswa perlu cakna terhadap keadaan alam sekitar bukan sahaja di USIM, malah juga diluar kampus.

“ Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama, justeru sebagai seorang mahasiswa, saya terpanggil untuk memberi sokongan serta dorongan untuk program yang sangat bermanfaat seperti ini,” kata Aishah.

Program yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri pensyarah, kakitangan serta mahasiswa USIM dan berakhir dengan aktiviti menanam pokok di sekitar kawasan Dewan Kuliah Pusat 3.

 
 
 

Comments


About USIMToday
Recommanded Reading
Search By Tags
bottom of page