SINISTRA DAPAT SAMBUTAN HANGAT
- Sakinah Kusrin
- Apr 26, 2015
- 1 min read

Kumpulan produksi Mock Trial 2015
NILAI - Seramai 1,600 orang penonton membanjiri Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menyaksikan pementasan Teater Mock Trial IV : Sinistra Antara Dua Jalan yang berlangsung pada 24 April 2015.
Pementasan yang bermula pada tahun 2011 ini mendapat sambutan yang luar biasa pada edisi tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Teater ini bertujuan mendedahkan kepada orang ramai gambaran situasi sebenar perbicaraan dalam mahkamah di Malaysia.
Namun, pada pementasan teater kali ini, pihak penganjur menampilkan sedikit kelainan dengan menyelitkan sedikit hiburan seperti nyanyian dan jenaka bagi menghiburkan penonton.
Teater yang diberi tajuk Sinistra - Antara Dua Jalan, dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang.
‘Sinistra’ yang berasal dari bahasa Latin bermaksud kiri, mengisahkan cerita antara 3 orang sahabat, Akmal, Nizam dan Tina.
Akmal dan Nizam merupakan sahabat baik sehingga berlaku satu kemalangan yang menyebabkan kematian Tina, adik Akmal berpunca daripada kecuaian Nizam.
Akmal menyimpan dendam terhadap Nizam dan merancang untuk melibatkan beliau dalam aktiviti dadah.
Setelah didapati bersalah, Nizam akhirnya telah dihantar ke Sekolah Henry Gurney untuk pemulihan akhlak
Pengarah teater ini, saudara Muhammad Fadhil Abd Razak, pelajar Tahun 4, Syariah dan Undang-undang dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, berkata bahawa beliau tidak menyangka sokongan dan sambutan yang diberikan oleh para penonton amat meriah.
“Saya tidak menyangka sambutan penonton yang hadir seramai ini dan Alhamdulillah,saya sangat seronok dan bersyukur atas sokongan yang telah diberikan,” ujar beliau.

Comments