TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA
- Nor Hayati
- Apr 24, 2015
- 1 min read
NILAI – Ramah-mesra bersama masyarakat menerusi program keagamaan Street Dakwah memberi kesedaran kepada masyarakat dan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Nilai bahawa “Tangan yang Memberi Lebih Baik dari Tangan yang Menerima”.
Menurut pengarah program, Muhammad Syazwan bin Masduki, pelajar Fakulti Syariah dan Undang- Undang (FSU), program seperti ini amat bagus dilakukan untuk mendedah dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan amalan bersedekah selain aktiviti mengedar flyers dan coklat, talk santai yang disampaikan oleh ustaz jemputan.
“Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan semangat sifat memberi dalam kalangan masyarakat kita khususnya. Pada hari ini masyarakat kita lebih bersifat pentingkan diri sendiri, kurang bersedekah malah memandang rendah kepada orang yang memerlukan.
Selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar S.M.A Nilai dan masyarakat, kita juga dapat melatih mereka mendekati orang awam,” tambahnya lagi.

Pengarah program, Muhammad Syazwan bin Masduki sedang memberikan keterangan berkenaan program tersebut.
Menurut guru pengiring S.M.A Nilai, Ustaz Mohd Nabawi bin Hamdan, ini adalah program kali pertama pelajar sekolah itu mengikuti program street dakwah dan secara kebetulan bulan ini merupakan bulan dakwah dan pelajar akan mendapat banyak manfaat serta dapat mengajar cara berhadapan dengan masyarakat luar.
“Pada kali ini kami bawakan seramai 20 orang pelajar untuk mengikuti program ini, Program ini dapat membantu keyakinan pelajar untuk terus melakukan dakwah dan mereka juga tergolong dalam kepimpinan pelajar. Keyakinan pelajar untuk bercakap dengan masyarakat dapat dikuatkan lagi dengan menyertai program seperti ini, bersemuka dengan orang awam, dan terus kepada cara dakwah itu sendiri,” katanya.
Program ini dibawah anjuran Sektitariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) yang dijalankan pada kali ke- 9 bertempat di Menara Dataran Nilai baru-baru ini.
תגובות