TERAPI DIRI MELALUI AKTIVITI BERBASIKAL
- Salwa Said
- Apr 22, 2015
- 2 min read
Kesibukan dalam dunia kampus bukanlah penghalang buat mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk bergiat aktif dalam program terutamanya apabila melibatkan penjagaan kesihatan dan fizikal.
Mahasiswa dan masyarakat perlu ambil cakna tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri kerana kekangan masa bukanlah alasan yang kukuh sehingga mengabaikan hak diri yang perlukan kesihatan.
Baru-baru ini, pihak (Majlis Perwakilan Pelajar )MPP telah mengambil inisiatif mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswi melalui aktiviti berbasikal.
Usaha MPP wajar dijadikan contoh dalam memupuk minat siswi menjaga kesihatan meskipun sibuk dengan dunia pelajaran.
Malahan, penulis mendapati Kompleks Sukan Tunku Najihah sentiasa menerima kunjungan para pensyarah USIM.
Gaya hidup yang sihat perlu diterapkan dalam kalangan warga USIM tidak kira dari kakitangan mahupun mahasiswa dan mahasiswi sendiri.
Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan tentang kebaikan aktiviti berbasikal.
Antaranya ia merupakan cara yang paling mudah bagi mahasiswi mendapatkan berat badan yang ideal mengikut jisim indeks tubuh badan (BMI).
Mengikut petikan akhbar, Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi dalam senarai masyarakat yang mengalami obesiti di peringkat dunia.
Jelas hal ini membimbangkan dan membawa imej negatif ke atas Malaysia terhadap negara luar.
Meskipun ilmu amat ditekankan dalam kehidupan, namun, penjagaan kesihatan juga perlu dititikberatkan. Mahasiswa perlu bijak mengimbangi tuntutan ilmu dan kesihatan dalam dunia seorang mahasiswa.
Kesibukan dalam dunia kampus bukanlah penghalang buat mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk bergiat aktif dalam program terutamanya apabila melibatkan penjagaan kesihatan dan fizikal.
Mahasiswa dan masyarakat perlu ambil cakna tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri kerana kekangan masa bukanlah alasan yang kukuh sehingga mengabaikan hak diri yang perlukan kesihatan.
Baru-baru ini, pihak (Majlis Perwakilan Pelajar )MPP telah mengambil inisiatif mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswi melalui aktiviti berbasikal.

Berbasikal menyihatkan tubuh badan
Comments