top of page

PERASMIAN GOLDEN DAY & GOLDEN OIL BERSAMA UNI10 ENERGY

  • Aminah
  • Apr 22, 2015
  • 2 min read

NILAI – Seramai 45 orang telah menghadiri dalam satu majlis perasmian pengumpulan minyak secara berkala di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini

.

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh pengarah pusat pembangunan keusahawanan siswa, Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustaman, turut dihadiri , Dr. Yazis Ali Basah dan Puan Siti Nurul Huda Nordin selaku Penasihat kelab Enactus, dan En.Shahrul Azwa Idris dari Uni10 Energy.

11183063_857346737672648_1288352166_o.jpg

Sesi penyerahan duit antara En.Shahrul Azwa bin Idris dan

Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustaman

Program ini bertujuan untuk meraikan Golden Day yang julung kali diadakan, menggabungkan kerjasama antara PPKS dan kelab Enactus Golden Oil dengan pihak luar, Uni10 Energy Sdn. Bhd.

Program ini merupakan satu projek pengumpulan minyak masak terpakai dan diproses semula untuk digunakan dan memberi banyak manfaat kepada orang lain.

Menurut En. Sharul Azwa Idris selaku Pegawai Operasi Uni10 Energy, uni10 Energy adalah antara syarikat yang memproses minyak-minyak terpakai untuk diguna semula dalam kuantiti yang lebih sihat daripada sebelumnya.

“Mengumpul minyak masak terpakai dan kemudian menjual minyak tersebut kepada syarikat Kris Biofuels dan Uni10 Energy Sdn. Bhd. untuk dikitar semula menjadi gas Bio-Diesel untuk kenderaan berat seperti lori dan bas juga untuk kegunaan lain,” ujarnya.

Kebanyakan institusi keluarga dan para peniaga yang menjual benda yang berminyak sentiasa menggunakan semula minyak.

Bahaya kepada mereka khususnya kepada mereka yang berkeluarga jika menggunakan penggunaan minyak secara berulang kali tanpa menukarnya.

“Minyak masak yang digunakan kali kedua dalam masakan akan bertukar menjadi racun.”ujar En.Shahrul dalam ucapannya.

Menurut Ahmad Mahdiyuddin Abd.Manan selaku ketua Golden Oil, dengan memproses semula minyak terpakai dapat membantu ramai orang malah memberi manfaat yang banyak dengan pelbagai kegunaan.

“Hasil daripada jualan minyak-minyak ini akan diberikan kepada mereka yang terlibat seperti premis-premis yang memberikan minyak, mereka yang kurang pendapatan, dan juga suri rumah,” ujarnya dalam majlis ucapan ketika itu.

“Program ini bukan hanya dilaksanakan di dalam universiti sahaja malahan terbuka kepada semua masyarakat yang prihatin dengan penggunaan minyak masak terpakai ini,” tambahnya lagi.

Golden Day & Golden Oil merupakan satu program menyeru komuniti USIM untuk mengitar semula minyak masak terpakai demi kesejahteraan bersama. Golden oil merupakan aktiviti keusahawanan sosial yang dikendalikan oleh pelajar ahli Enactus USIM.

Menurut Puan Siti Nurul Huda Nordin selaku Penasihat kelab Enactus, Keusahawanan sosial mendidik dan mengajar ahli projek ini mencari pendapatan dengan menggunakan pelbagai sumber.

Meraka juga akan berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang awam. Secara tidak langsung perkara ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah para ahli projek.

Program ini adalah suatu aktiviti kebajikan untuk menghijaukan bumi melalui pemeliharaan alam sekitar.

Majlis menutup tirainya dengan pembelian minyak oleh Uni10 Energy dari Kelab Enactus Golden Oil dengan sebanyak 122kg dan bayaran RM113 pendapatan penuh.

 
 
 

Comments


About USIMToday
Recommanded Reading
Search By Tags
bottom of page