MAHASISWA MESRA MASYARAKAT
- Sakinah Ariffin
- Apr 22, 2015
- 1 min read

Mahasiswa USIM cakna kehidupan gelandangan
KUALA LUMPUR – seramai 70 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM) menjayakan program Khidmat Masyarakat Gelandangan bertujuan untuk menyelami hidup para gelandangan sekaligus memberi bantuan dan mengagihkan makanan kepada mereka.
Syafiq Majid, pengarah program Khidmat Masyarakat Gelandangan berkata program ini diadakan agar mahasiswa cakna dan sedar terhadap gaya hidup di ibu kota ini.
“Gelandangan mestilah dibantu dan bukan disisihkan,” kata Syafiq Majid.
Kebanyakan gelandangan berpunca daripada mereka yang ditinggalkan keluarga, kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya.
“ Antara manfaat kepada mahasiswa adalah mereka menjana idea baru melalui program gelandangan ini seperti dalam perancangan akan datang kami akan memberi sumbangan kepada anak yatim pula,” katanya lagi.
“ Saya pernah ada pengalaman sebelum ini dan ia memberi satu galakan kepada saya untuk sertai lagi dan kita patut menerapkan budaya tolong – menolong. Selain itu, para gelandangan ini ada diantara mereka yang bekerja tetapi disebabkan ketidakmampuan untuk memiliki ruah menyebabkan mereka terus menjadi gelandangan,” kata Nabilah Zakaria peserta gelandangan.
“Saya rasa puas apabila kita dapat berkongsi sesuatu dangan orang ramai nikmat yang Allah berikan. Sebenarnya Allah akan pulangkan semula apa yang kita sumbangkan,mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi mungkin dalam bentuk keberkatan ,” kata Aisyah Shamsudin juga salah seorang peserta gelandangan.
Saranan pengarah program bagi mengatasi masalah gelandangan adalah dengan mewujudkan satu pusat buat mereka dan mewajibkan setiap keluarga perlu mengambil semula ahli keluarga yang terbiar. Hal ini dapat membantu menguruskan kehidupan seharian golongan gelandangan.
Program membina seperti ini wajar diteruskan agar mahasiswa sedar akan keberadaan mereka perlu dimanfaatkan untuk orang lain.
تعليقات