KK1 BOLOT KEJOHANAN SUKOL 2015
- Mohd Hafizuddin & Qurratu 'Aini
- Apr 22, 2015
- 2 min read
NILAI - Kolej Kediaman Pertama (KK1) muncul johan keseluruhan dalam edisi kelima Sukan Antara Kolej Kediaman (SUKOL) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015.
Seramai 1722 atlet dari 7 buah kolej kediaman mengambil bahagian dalam 14 acara yang dipertandingkan seperti bola sepak, futsal, catur, ping-pong dan tenpin boling.
Kontinjen KK1 seramai 120 atlet yang diketuai oleh Muhammad Hafiz Jalil menunjukan penguasaan apabila mengumpul 40 mata hasil kutipan 6 pingat emas, 7 perak dan 2 gangsa.
Pingat emas disumbangkan melalui acara Badminton Berpasukan, Bola Jaring, Olahraga Lelaki dan
Olahraga Wanita secara tidak langsung merangkul johan keseluruhan sukan bagi kolej-kolej kediaman.
Dr Khairunneezam Mohd Noor selaku Pengetua KK1 beliau amat mengagumi kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak buah beliau.
"Kejayaan ini adalah hasil persiapan baik yang dilakukan oleh Kolej terutama dalam memilih atlet berpotensi melalui sesi saringan yang diadakan. Semangat juang dan kesukanan tinggi mereka amat saya kagumi walaupun tidak dijanjikan ganjaran. InsyaAllah, kita usahakan majlis penghargaan yang sesuai untuk mereka nanti." ulas beliau.
SUKOL yang diurusetiakan oleh Pusat Perumahan Pelajar diadakan secara tahunan oleh kolej-kolej kediaman di USIM mengikut sistem giliran.
Pada kali ini, Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) menjadi penganjur yang dipengerusikan oleh Dr. Nik Shafikudin Nik Tajuddin selaku Pengetua KKSI.
SUKOL menjadi platform untuk mengetengahkan bakat mahasiswa dalam bidang sukan disamping latihan secara berkala yang dipantau oleh ketua bagi setiap kontinjen.
Ia mewujudkan persaingan sihat antara atlet dalam menaikkan nama kolej masing-masing.
Majlis perasmian penutup SUKOL dirasmikan oleh Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM yang turut dihadiri Prof Dato' Dr. Mohamad Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan kakitangan Kolej Kediaman.
SUKOL Berlangsung dari 21 hingga 29 Mac di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM,

Kolej Kediaman 1 (KK!) berjaya merangkul tempat pertama dalam acara keseluruhan SUKOL USIM.
Comments