INTRACKSEE USIM JOHAN MARHABAN UPNM
- Aimi Atan
- Apr 22, 2015
- 1 min read

Ahli kumpulan marhaban USIM.
SUNGAI BESI- Kumpulan marhaban dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Intracksee menjuarai pertandingan marhaban jemputan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berlangsung di Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada14 April yang lalu.
Kheirouzaman Wafa, salah seorang ahli kumpulan Intracksee berkata, mereka berasa teruja dan gembira kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini.
Kemenangan ini merupakan kali kedua bagi kumpulan mereka setelah menjuarai pertandingan marhaban di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baruini.
“Kami memulakan latihan seminggu sebelum pertandingan berlangsung.Setiap ahli bekerjasama dalam memberikan idea-idea kreatif,” katanya lagi.
Menurut ketua hakim, Leftenan Kolonel Haji Zahimi Zainal Abidin, Penasihat Ketenteraan Naib Canselor UPNM berkata, antara syarat utama pertandingan ialah mementingkan keaslian marhaban.
Memandangkan respon penyertaan kurang memberangsangkan, pihak UPNM telah membuka penyertaan kepada mana-mana kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.
“Punca kepada kurangnya penyertaan adalah syarat penyertaan marhaban yang menekankan kepada keaslian marhaban sebenar tanpa mencampur-adukkan dengan nasyid kontemporari serta irama-irama yang dicedok daripada pelbagai sumber.
“Secara keseluruhannya semua kumpulan yang memasuki pertandingan ini menunjukkan mutu persembahan yang baik,” kata Zahimi Abidin.
Pertandingan ini diadakan bagi memartabatkan hiburan dan kesenian Islam dan menjadikan marhaban sebagai mekanisme zikrullah untuk merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Comments