FEM TEBUS KEKALAHAN
- Lini Zulkifli
- Apr 22, 2015
- 1 min read

Aksi perlawanan bola sepak
NILAI – Pasukan Bola Sepak Fakulti Ekonomi dan Muamalat ( FEM ) muncul juara dalam kejohanan Sukan antara Fakulti (SUFA) apabila menewaskan saingan dari pasukan Fakulti Pengajian BahasaUtama ( FBPU ) dengan mata 1-0 pada 11 April 2015.
Muhammad Azmun Amin Azmi, kapten pasukan FEM berkata, mereka tidak menyangka akan menumpaskan FPBU pada kali ini kerana saingan yang sangat sengit.
“ Kami berasa sangat gembira kerana hasrat untuk menebus kekalahan pada tahun lalu tercapai akhirnya.” katanya.
Menurut Amin, kerjasama yang kuat dan erat mampu membawa pasukan mereka mencapai kemenangan pada semi SUFA pada kali ini.
Mereka menjalani latihan selama dua minggu sebelum SUFA berlangsung. Walaupun tanpa bantuan jurulatih, mereka tetap komited meneruskan latihan sebagai persediaan untuk SUFA.
Comments